#Hiburan: “Bertanduk Macam Setan” – Ditegur Pakai Kostum ‘Maleficient’, Fasha Sandha Kata ‘Just For Fun’

Baru-baru ini, pelakon berbakat besar iaitu Fasha Sandha telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memaparkan beberapa keping foto bersama anak-anak di sebuah majlis telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Fasha dilihat menggayakan pakaian kostum dari watak ‘Maleficent’ yang dilakonkan oleh selebriti antarabangsa, Angelina Jolie.

Advertisement

Manakala, tiga orang anaknya iaitu Putra Rayfal, Putri Raysa, dan Aisha Amaira turut dilihat memakai pakaian kostum ‘grip reaper’, ‘witch’ dan serba hitam.

Menerusi ruangan kapsyen, pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan bahawa pemakaian kostum itu hanya sekadar suka-suka ketika menghadiri majlis yang diadakan di kawasan kejiranan rumah.

Keluarga saya. Hari kostum dan karakter di ‘Kejirananku bukan kejirananmu’
Bak kata kak Farah jiran kita. Just for fun.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak disambut baik oleh rata-rata pengguna media sosial yang memberi teguran kepada Fasha di ruangan komen.

Meninjau di ruangan komen, netizen memberi peringatan buat isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu bahawa pemakaian kostum adalah sesuatu yang haram walaupun berniat hanya untuk suka-suka.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir warga net yang mendakwa Fasha terlalu mengikut budaya barat kerana pemakaian kostum bertanduk itu telah menyerupai iblis dan langsung tidak menggambarkan imej seorang beragama Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amelia Henderson seksi
1 jam lalu

"Jauh Tersasar Dia Ni.." - Hanya Pakai Bra, Ramai Pertikai Amelia Henderson Mualaf Atau Tak?

The post “Bertanduk Macam Setan” – Ditegur Pakai Kostum ‘Maleficient’, Fasha Sandha Kata ‘Just For Fun’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments