#Hiburan: “Punya Ramai Mat Saleh Yang Buat..” – Isu Bawa Budak ‘Flying Fox’, Penganjur Bidas Kecaman Netizen

Tular beberapa hari lalu mengenai isu satu penganjur aktiviti lasak ‘Zipline’ di Kuala Kubu Bharu yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan kanak-kanak sehingga mengundang kecaman ramai.

Dalam hantaran yang menjadi tular di media sosial itu, seorang wanita bersama anaknya telah melakukan aktiviti lasak itu tanpa memakai perlindungan yang bersesuaian.

Advertisement

Berikutan itu, netizen menyifatkan penganjur dan wanita itu tidak bijak dan seolah-olah minta dikecam selain sengaja meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya.

Gara-gara dikritik dengan begitu hebat oleh netizen, penganjur aktiviti lasak itu dilihat ada tampil membidas kecaman netizen dan menjelaskan bahawa segala kegiatan yang dibuat adalah menepati piawaian yang ditetapkan.

Punya ramai mat saleh bawak anak buat zipline. Tapi tula, dekat Wakanda ni cepat sangat melatah.

Dia macam ini, safety harness budak tu ada design dia. Pengeluar ni mesti dah kaji, sebab tu ada dijual di kedai dan bukan disimpan dalam almari. Sama la untuk safety harness budak yang buat zipline, ada harness dia.

Kata penganjur itu lagi, ramai yang tidak memahami kerana tidak punya ilmu dalam kegiatan sukan Zipline ini dan hanya tahu menghentam kerana tidak mengetahui segala prosedur yang perlu diikuti.

Jelas @rentas_adventures, terdapat beberapa jenis ‘harness’ yang perlu bersesuaian dengan aktiviti dan faktor jarak mislanya.

“Sedangkan bungee jump pun ada yang pakai half-harness (walaupun diikat juga di kaki.) Posisi badan lebih menggerunkan iaitu kepala di bawah. Tiada pula isu terkeluar dari harness?” tulis penganjur itu lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustazah Siti Afifah kuku panjang
3 jam lalu

(VIDEO) "Sunnah Ke Tu?" - Ustazah Siti Afifah Simpan Kuku Panjang, Netizen Pakat Tanya Apa Hukum Dalam Islam?

The post “Punya Ramai Mat Saleh Yang Buat..” – Isu Bawa Budak ‘Flying Fox’, Penganjur Bidas Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments