#Hiburan: “Makcik Ni Beria Macam Dia Pulak Yang Artis” – Isu Bercinta Dengan Iqbal, Wafariena Minta Netizen Henti Kecam Ibu

Sebelum ini, usahawan sensasi iaitu Iqbal Zulkefli telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan beberapa keping foto bersama pelakon jelita, Wafariena Roslan.

Susulan itu, timbul kontroversi cinta yang mengaitkan Iqbal dan Wafariena apabila rata-rata netizen meminta mereka berjodohan kerana dilihat serasi bersama.

Advertisement

Bagaimanapun, ibu kepada Wafariena iaitu Suzana Ahmad tampil meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas kekasih Dato Seri Vida itu yang sengaja membuat gosip cinta murahan.

Dalam pada itu, Suzana turut mempersoalkan motif Iqbal membuat luahan di Instagram tanpa bertanyakan terlebih dahulu pada dirinya.

Kalau betul dia nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada di lokasi sama.

Namun, luahan ibu Wafariena itu tidak mendapat respon baik daripada pengguna media sosial yang menganggap Suzana terlalu sibuk menjaga perihal peribadi anaknya.

Terkini, Wafariena meminta netizen untuk menghormati ibunya dengan menghentikan kecaman dan komen-komen negatif mengenai ibunya.

Untuk yang the latest gossip murahan. My mom answer for my side dekat semua wartawan.

Menerusi hantaran di Insta Stories, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan bahawa ibunya diberi tanggungjawab untuk menjawab panggilan semasa dirinya sedang bekerja.

So please stop comment rude on my mom. Hormat mak orang lain kalau nak orang hormat mak kita okay.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu Wafariena Iqbal Zulkefli
1 hari lalu

“Apa Motif Sebenarnya?” - Nama Anak Terpalit Gosip Cinta Murahan, Ibu Wafariena Kesal Dengan Iqbal Zulkefli

The post “Makcik Ni Beria Macam Dia Pulak Yang Artis” – Isu Bercinta Dengan Iqbal, Wafariena Minta Netizen Henti Kecam Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments