#Hiburan: “Macam B*bi Perangai” – Sekumpulan Pelajar Tendang Warga Emas Cetus Kemarahan Warganet

Baru-baru ini, satu video tular menyaksikan sekumpulan pelajar menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang warga emas yang sedang berjalan didekati sekumpulan pemuda berkenaan yang menaiki motosikal.

Advertisement

Bagaimanapun, salah seorang daripada pemuda tersebut turun dari motosikal dan secara tiba-tiba meluru ke arah warga emas itu dan menendangnya sehingga terjatuh.

Lebih menyayat hati apabila tiada seorang pun yang berasa kasihan terhadap wanita itu malah ditertawakan beramai-ramai setelah kejadian berikut berlaku.

Video yang dikongsikan oleh Twitter MALAYSIAVIRALL itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan rata-rata warganet membidas tindakan sekumpulan pelajar yang disifatkan sebagai tidak beradab.

Terkini, Detik.com melaporkan enam pelajar yang terlibat telah pun ditahan pihak polis dalam kejadian yang berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Tapanuli Selatan , AKPB Imam Zamroni berkata, pelajar yang terlibat berusia 15 hingga 16 tahun, dan pelaku masih menjalankan pendidikan vokasional.

datuk glamor diburu polis
6 bulan lalu

Terajang, Paksa Amah Umur 60 Tahun Kerja Tanpa Gaji, 'Datuk Glamor' Kini Diburu Kedutaan Indonesia

The post “Macam B*bi Perangai” – Sekumpulan Pelajar Tendang Warga Emas Cetus Kemarahan Warganet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments