#Hiburan: “Macam Lepat Liat” – Wajah Isteri Usop Tanpa ‘Makeup’ Lepas Bersalin Dikritik Netizen

Semalam, isteri kepada penyanyi Usop iaitu Nur Fatihah telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki mereka yang diberi nama Muhamad Saif Umar.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 25 tahun itu telah memuat naik gambar isterinya sambil mendukung bayi mereka.

Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.”

Dalam pada itu, Usop memohon maaf kerana menerima terlalu banyak komen dan kiriman mesej sehingga tidak menang tangan untuk membalasnya.

Biasalah, baru nak jadi daddy, gabra la ya. Nanti Usop balas satu per satu nah thank you semua.”

Selain menerima ucapan tahniah, ada juga netizen yang meninggalkan komen negatif mengenai wajah isteri Usop yang dilihat tanpa sebarang ‘makeup’ selepas bersalin.

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai telah mengecam individu berkenaan dan menjelaskan bahawa wanita hamil sememangnya akan mengalami perubahan hormon dan bentuk badan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 jam lalu

"Laki Bini Ke Ni?" - Kongsi Gambar Berpelukan, Wak Doyok & A.Aida Undang Spekulasi

The post “Macam Lepat Liat” – Wajah Isteri Usop Tanpa ‘Makeup’ Lepas Bersalin Dikritik Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments