#Hiburan: “Bukan Mahram Tu, Walaupun Dah Buang An*” – Dapat Jumpa Di Sydney, Netizen Tegur Nourul & Sajat Mesra Sangat

Penyanyi Nourul Depp berkongsi di Instagram pertemuannya dengan Sajat di Sydney, Australia memandangkan dia sedang bercuti di negara itu.

Menerusi Instagram story, Sajat dilihat membawa Nourul dan anaknya, Ayu Nazirah berjalan di sekitar bandar tersebut termasuklah ke tepi pantai.

Advertisement

Mereka juga sempat meluangkan masa dan makan bersama ketika pertemuan tersebut dan turut membuat sesi ‘live’ bersama pengikutnya di media sosial.

Penyanyi berusia 43 tahun itu juga memuji Sajat dan berkata usahawan itu seorang yang tabah selepas mendengar kisah hidupnya.

Ternganga mulut dengar cabaran nya. And you wonder why. Inspired and sentiasa sebut allahuakbar dengar cerita nya. Ya allah Jat, kau kuat adik.”

Menerusi ruangan komen terdapat sesetengah individu yang mengkritik Nourul kerana terlampau mesra sehingga tidak menjaga batas.

Penyanyi yang kini menetap di Bali itu dilihat beberapa kali memegang lengan Sajat dan mendekatkan mukanya ke sisi usahawan kontroversi itu.

Meskipun begitu, ramai pengikut Nourul di Instagram memuji kecantikannya dan Sajat ketika mereka berdua bersembang bersama peminat di sesi ‘live’ itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 minggu lalu

"Saya Trauma Gila-Gila.." - Buka Mulut Pasal Kes Ditahan JAIS Beberapa Kali, Netizen Sebak Dengan Luahan Sajat

The post “Bukan Mahram Tu, Walaupun Dah Buang An*” – Dapat Jumpa Di Sydney, Netizen Tegur Nourul & Sajat Mesra Sangat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments