Sebelum ini, pelakon Ungku Ismail pernah berkongsi keadaan kesihatan teman rapatnya, Nad Zainal yang dikatakan sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana terkena jangkitan paru-paru.
Walau bagaimanapun, perkara itu diambil negatif sesetengah pihak yang mendakwa Ungku Ismail cuba mengambil kesempatan ke atas keadaan yang menimpa aktres tersebut.
Menurut Ungku, dia berasa sangat kecewa apabila tindakannya itu disalah erti sebagai cara untuk mempromosi diri dan kerja sehingga wujudnya kenyataan yang berbaur sensitif tentang perasaan, akal dan kematangannya.
Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan ‘update’ tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba ‘rephrase’ cakap saya seolah saya ni batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.
Seolahnya saya ni mengambil kesempatan dari keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya.
Jelas Ungku lagi menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, sekarang bukannya masa yang sesuai untuk bercerita tentang hubungan dan kerjaya sebaliknya mendoakan Nad sembuh seperti sedia kala.
Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu ‘update’ tentang kesihatan Nad. Dan saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.”
Susulan kenyataan kurang bijak yang dikeluarkan sesetengah pihak, pada akhir coretannya, Ungku sempat memberitahu bahawa dia tidak akan berkongsikan sebarang ‘update’ berkaitan Nad Zainal.
The post Niat Baik Disalah Erti, Ungku Ismail Kecewa Dituduh Ambil Kesempatan Atas Keadaan Nad Zainal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments