#Hiburan: “Kau Ni Perempuan Gila! Perempuan Gila!” – Tular Rakaman Pelanggan Gaduh Dengan Pekerja Kedai, Siap ‘Naik Kaki’

Tular satu rakaman di Twitter sejak semalam mempamerkan pergaduhan yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

Menerusi video tersebut, seorang pekerja kedai pakaian di Berjaya Times Square dilihat bergaduh mulut dengan pelanggannya dipercayai pasangan suami isteri.

Advertisement

Situasi itu dirakam oleh pekerja kedai pakaian berhadapan dengan mereka di mana pelanggan dan pekerja berkenaan dilihat menengking antara satu sama lain.

Lelaki tersebut malah dilihat mengangkat kakinya cuba menendang pekerja tersebut serta turut menjerit dan mencabar pekerja itu untuk memanggil pengawal keselamatan selepas dia cuba menendangnya.

Pasangan tersebut bersama beberapa orang dipercayai rakan mereka kemudian beredar dari kedai terbabit dalam keadaan marah.

Kau ni perempuan gila! Perempuan gila!”

 

 

Difahamkan, pergaduhan tersebut berlaku disebabkan pelanggan tidak berpuas hati apabila pekerja terbabit tidak membenarkan mereka mencuba pakaian. Pekerja itu juga malah didengari berkata,

Tak boleh try, tak boleh try lah!”

Menerusi ruangan thread di Twitter itu, netizen berkata kebanyakan kedai pakaian di situ memang tidak mempunyai fitting room dan ramai yang meluahkan rasa geram melihat gelagat pasangan tersebut kerana menyerang pekerja terbabit apatah lagi turut cuba menendangnya.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan tersebut berlaku antara mereka namun rata-rata warganet mengkritik pasangan tersebut kerana bersikap sedemikian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita baling botol pada rider
2 bulan lalu

(VIDEO) “Nak Niaga Ke Nak Gaduh” - Wanita Baling Botol Kaca Dekat Rider, Tak Tahan Didesak Order Lambat Siap

The post “Kau Ni Perempuan Gila! Perempuan Gila!” – Tular Rakaman Pelanggan Gaduh Dengan Pekerja Kedai, Siap ‘Naik Kaki’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments