Pendakwah bebas Ebit Lew baru-baru ini menghadiahkan seorang ibu tunggal yang bekerja dalam servis penghantaran makanan dengan sebuah motosikal.
Menerusi hantaran Ebit di Instagram, ibu tunggal berusia 23 tahun itu mempunyai seorang anak dan menghantar makanan dengan berjalan kaki untuk menyara hidup.
Wanita yang mesra disapa sebagai Emi itu juga bekerja sambilan sebagai pembantu di sebuah restoran dan menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Ebit turut menulis di ruangan kapsyen menyatakan dia berasa terharu dengan ketabahan wanita itu dalam mencari rezeki.
Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.”
Walau bagaimanapun, tinjauan ke ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen memuji kecantikan Emi dan ada yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan wanita berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang menyuruh wanita itu supaya berkahwin baru kerana berasa kasihan dengan keadaan yang dihadapi.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
The post “Cantik Pun Kena Tinggal” – Dibantu Ebit Lew Sebab Ibu Tunggal, Netizen Komen Hal Lain Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments