Sebelum ini kita ketahui bahawa usahawan media sosial sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sering kali menjadi bualan ramai kerana kontroversi yang sering di lakukan olehnya.
Kali ini, bukan dirinya saja, malah anak perempuan sulung juga turut terpalit dalam kontroversi yang tercetus kerana pakaian terlalu terdedah.
Di dalam satu hantaran di TikTok, kelihatan Kak KM bersama anak perempuannya itu tampil berpakaian ketat hingga menampakkan aurat dan ia mencetus kecaman daripada netizen.
Menjengah di ruangan komen hantaran berkenaan, kebanyakkan netizen mengkritik pemakaian dua beranak itu dan ada berkata Kak KM tidak tahu membimbing anak ke arah yang benar.
Bahkan, berasa pelik melihat usahawan tersebut seakan-akan bangga menayang anak berpakaian terdedah, sedangkan umurnya masih muda.
Dalam pada masa yang sama, ada juga meminta agar Kak KM kembali ke jalan Allah S.W.T serta mendoakan agar aurat sekeluarga itu tertutup sempurna satu hari nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Apa Nak Jadi Anak Beranak Ni?!” – Pakaian Terlalu Seksi, Kak KM Dituduh Tak Reti Jaga Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments