#Hiburan: “Kita Bukan Tak Tahu Halal Haram” – Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikecam

Sedia maklum, pelakon Mas Khan telah menerima kecaman yang hebat daripada kalangan netizen baru-baru ini kerana membela seekor anjing baka German Shepherd yang diberi nama, Cash.

Bagi menjelaskan hal terbabit, Mas Khan membuat satu hantaran di Instagram bagi menjelaskan bahawa sebab dia membela haiwan peliharaan tersebut untuk melindungi persekitaran.

Advertisement

Bahkan, pelakon itu juga mempunyai akademi dipercayai bagi berkongsi ilmu mengenai pelaburan dan perdagangan sekali gus memerlukan kawalan serta jagaan keselamatan daripada haiwan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut meluahkan dirinya tidak kisah jika dikecam kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan serta turut menjelaskan lukisan seakan-akan tatu di bahagian tangan serta lehernya.

Setiap kali pegang dalam keadaan kering atau basah, kita akan guna sabun samak. Kita bukan tak tahu apa halal apa haram.

Mas Khan atau nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan memohon maaf jika dia menyinggung perasaan netizen terutamanya umat Islam kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

19 jam lalu

"Didikan Suami Soleh" - Makin Seksi, Netizen Kata Isteri Yonnyboii 'Culture Shock'

The post “Kita Bukan Tak Tahu Halal Haram” – Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments