Setelah kecoh di platform media sosial berkenaan pihak syarikat mendakwa seorang TikToker wanita melanggar perjanjian kontrak mereka, Liana tidak mendiamkan diri dan tampil ke hadapan dengan membuat IG Story.
Melalui hantaran yang dibuat, Liana meminta agar pihak tertentu tidak memutar belitkan cerita sebenar dan jujur dalam memberi kenyataan agar tidak berlakunya salah faham.
Malah, dia turut enggan melayan sebarang kenyataan berhubung dengan isu yang berlaku dan memilih untuk menjelaskan segalanya pada minggu hadapan.
Tambahan TikToker itu lagi, dia memilih untuk membuka mulut pada minggu hadapan kerana tidak mahu menganggu masanya bersama keluarga sewaktu hujung minggu.
Sebelum ini, Liana ada membuat live di TikTok memberitahu akaun pertamanya disekat, disebabkan itu perlu membuat akaun kedua. Namun, tampil pula dua orang jejaka mengatakan akaun pertama itu dijaga oleh pihak syarikat dan oleh kerana itu, influencer terbabit teruk dikecam netizen serta dilabel ‘lupa daratan’.
The post “Drama Tak Masuk Akal” – Didakwa Langgar Kontrak, TikToker ‘Beep Beep’ Kata Syarikat Pusing Cerita? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments