#Hiburan: (VIDEO) “Berlakon Je Tak Payah Buat Betul-Betul, Sakit!” – Reen Rahim Akui Hampir Pengsan Dicekik Pelakon Senior

Baru-baru ini, pelakon wanita bernama Reen Rahim dikatakan ‘mengamuk’ di set penggambaran selepas didakwa telah dicekik secara real oleh pelakon senior semasa melakonkan babak dalam filem bergenre seram.

Menurut Reen, selama 11 tahun berada dalam industri, ini merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan insiden sedemikian dan tidak pernah diselumbungi dengan isu-isu ‘panas’ melainkan ada individu yang bermulut ringan bercerita.

Advertisement

Bagi memperjelaskan perkara yang berlaku, pelakon tersebut berkata babak itu tidak sepatutnya dilakonkan betul-betul hingga membuatkan dia ‘hilang’ sekejap.

Nampak je saya ni happy go lucky, tapi kalau anda dah nak meninggal di situ takkan tak mengamuk.

Dalam pada itu, Reen bertegas bukannya dia tidak pernah melakukan babak-babak berat atau ganas, tetapi ketika itu memang dirinya terseksa kerana dicekik tanpa mempunyai skill yang betul.

Kebanyakkan netizen beranggapan kejadian cekik itu barangkali pelakon senior berkenaan mahu menjiwai watak, tetapi pelakon wanita berharap agar tidak melakukan betul-betul kerana sakit.

Sebelum ini, pelakon Fezrul Khan ada membuat satu kenyataan bahawa dia tidak akan berlakon dengan Reen lagi kerana baginya berlakon seharusnya jujur dan bukannya sekadar mengejar populariti.

fezrul khan reen rahim
5 hari lalu

“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” - Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama

The post (VIDEO) “Berlakon Je Tak Payah Buat Betul-Betul, Sakit!” – Reen Rahim Akui Hampir Pengsan Dicekik Pelakon Senior first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments