Sedia maklum, pasangan pengacara jelita, Marion Caunter dan SM Nasaruddin telah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2010 pada bulan Disember.
Mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang anak perempuan bernama, Leia Rose dan Lana Rose, manakal seorang anak lelaki bernama Liam Naza.
Boleh dikatakan Marion sering menjadi perhatian ramai kerana kecantikan yang dimiliki memandangkan dia berketurunan Cina dan memasuki agama Islam selepas mengahwini suaminya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, melalui posting sebuah portal hiburan di Instagram baru-baru ini telah mengundang kecaman apabila pakaian yang dipakai kelihatan sangat terdedah.
Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan pakaian Marion dan mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul serta tidak menjaga aib keluarga sendiri.
Bahkan, ramai juga netizen mendakwa keluarga tersebut tidak terlalu memupuk ajaran Islam dalam kehidupan seharian serta tiada ciri-ciri Islam.
Namun, dalam pada masa yang sama, ada juga netizen memuji kecantikan selebriti tersebut dan tidak lupa memuji anak-anak sekali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Takde Ciri-Ciri Islam Dalam Family Ni” – Netizen Persoal Suami Marion Caunter Tak Tegur Aurat Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments