#Hiburan: “Sedih Lihat Orang Yang Masih Jahil” – Pakai Kostum Tema Halloween, Netizen Kritik Schawal Didik Anak Cara Hidup Barat

Pasangan dua sejoli Awal Ashaari dan Scha Alyahya selalu menarik perhatian lensa dan media serta peminat mereka kerana masing-masing sangat fashionable.

Penampilan Awal dan Scha serta dua anak mereka sering mencuri perhatian ramai terutamanya peminat di media sosial seperti baru-baru ini keluarga itu berpakaian mengikut tema Halloween.

Advertisement

Menerusi Instagram, Scha berkongsi gambar mereka bersama Lara Alana dan Lyla Amina ketika menghadiri parti hari jadi anak rakan yang bertemakan Halloween.

Meskipun ia adalah sempena hari jadi dan bukanlah sambutan Halloween yang sebenar namun ramai warganet mengkritik pasangan itu kerana dikatakan menjalani kehidupan seperti orang Barat.

Malah, ada yang memerli Scha dan Awal kerana menyambut semua jenis perayaan termasuklah Krismas selain turut mengecam mereka kerana membesarkan anak dengan kurang pengetahuan tentang agama.

Seorang netizen turut berkata bahawa ‘power couple’ ini tidak menghiraukan kata atau nasihat orang lain meskipun pernah ditegur kerana menyambut perayaan agama lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Kemain Pendek Skirt" - Bawa Anak-Anak Ke USS, Scha Ditegur Netizen Sebab Pakai 'Dress' Terlalu Senteng

The post “Sedih Lihat Orang Yang Masih Jahil” – Pakai Kostum Tema Halloween, Netizen Kritik Schawal Didik Anak Cara Hidup Barat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments