Semalam, kecoh di media sosial mengenai pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Larut.
Melalui laporan Harian Metro, Ustaz Kazim Elias atau nama singakatannya, UKE telah menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil calon mewakili parti berkenaan.
Difahamkan juga, pemilihan ustaz itu kerana populariti dan pengaruhnya di negeri Perak serta sesuai untuk diletakkan sebagai ‘underdog’ di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Susulan berita tersebut tersebar, kebanyakkan netizen di platform media sosial tertanya-tertanya sama ada pendakwah tersebut sudah sihat dari sakit ‘misterinya’.
Malah, ada yang menasihati UKE untuk tidak masuk di dalam dunia politik dan hanya fokus kepada ceramah agamanya saja.
Sebelum ini, UKE tampil dengan memakai topeng yang menutup hampir keseluruhan badannya ketika memberi ceramah akibat mempunyai penyakit kulit dan di dalam proses menjalani rawatan.
Terbaharu, pendakwah tersebut memaklumkan sendiri bahawa dia menarik diri daripada bertanding mewakili parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlime Larut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Dikutuk Semalaman Sertai PRU15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri Pagi Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments