#Hiburan: (VIDEO) “Hari Saya Indah Bila Dia Puji..” – Terdiam Ditanya Soalan ‘Rindu’, Ramai Sebak Tengok Puteri Sarah

Baru-baru ini, tular video pendek memaparkan program Next To Neelofa yang menjemput selebriti jelita, Puteri Sarah sebagai tetamu undangan pada minggu tersebut.

Melalui video tersebut, dilihat Puteri Sarah berkongsikan momen-momen indah yang paling disukainya sepanjang mendirikan rumah tangga dan dia memberitahu sangat gembira ketika memasakkan sesuatu buat suami tercinta.

Advertisement

Menurutnya, mendapat pujian daripada suami selepas memasakkan sesuatu membuatkan dia merasa cukup dan tidak perlukan hal lain.

Jelas kelihatan dirinya sangat gembira apabila bercerita hal tersebut kepada Neelofa dan difahamkan, Puteri Sarah sering membuatkan pelbagai juadah buat suami semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, hal yang mendapat perhatian apabila Neelofa menanyakan sama ada pelakon terbabit rindukan momen tersebut dan Sarah terdiam seketika, lalu menjawab ‘ya’.

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa sebak melihat perkongsiaan tersebut dan berasa kecewa dengan sikap suaminya iaitu Syamsul Yusof yang berubah sekelip mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Kazar komen isu anak perempuan
3 minggu lalu

"Saya Sokong Ira Sepenuhnya" - Kazar Anggap Isu 'Penyodol' Hal Kecil, Puteri Sarah Minta Netizen 'Bincangkan'

The post (VIDEO) “Hari Saya Indah Bila Dia Puji..” – Terdiam Ditanya Soalan ‘Rindu’, Ramai Sebak Tengok Puteri Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments