Sebelum ini, Shuib Sepahtu ada membuat satu pengakuan bahawa dirinya memang sedang berkawan rapat dengan usahawan wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Watie.
Malah ketika ditanya jika Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri, pelawak itu percaya usahawan terbabit ada ciri-ciri seperti itu kerana kelihatan anak-anaknya pun selesa ketika bersama.
Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan.
View this post on Instagram
Biarpun sudah membuat pengakuan mengenai hubungannya bersama usahawan wanita itu, netizen seakan-akan tidak dapat menerima apabila Shuib berkata sedemikian.
Menurut mereka, penyampai radio Suria FM itu mampu memiliki seseorang jauh lebih baik daripada Watie dan meminta agar Shuib tidak membuat keputusan melulu dengan memilih wanita berkenaan.
Terdahulu, Shuib mengakui keluar makan bersama Watie dan anak-anak di sebuah restoran mewah selepas tular imej pantulan seorang wanita di dalam gambar yang dimuat naik dalam Instagram.
The post “Carilah Semenggah Sikit” – Akui Watie Ada Ciri-Ciri Isteri, Tapi Netizen Suruh Shuib Fikir ‘Masak-Masak’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments