#Hiburan: “Tetiba Sebak!” – Fazura Mesra Buat Video Dengan Athisha Khan, Netizen Harap ‘Next’ Neelofa Pula

Semalam, tular satu video di platform TikTok memaparkan selebriti Fazura bersama Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada pengacara, Neelofa.

Sedia maklum, sebelum ini ada khabar angin mengatakan hubungan antara Fazura dan Neelofa tidak terlalu baik sebab itu mereka jarang terlihat bersama, namun tiada kepastiaan mengenai hal terbabit.

Advertisement

Video keakraban Fazura bersama adik Neelofa itu membuatkan kebanyakkan netizen berasa terkejut serta gembira kerana sudah lama impikan interaksi pelakon tersebut bersama keluarga bekas pengacara MeleTOP itu.

Di dalam video pendek tersebut, Fazura sempat memuji kecantikan Athisha, namun gadis tersebut seakan-akan menidakkan serta malu untuk menerima pujian daripada pelakon yang juga merupakan usahawan itu.

Dalam pada itu, mereka berdua juga terlihat sedang berada dalam satu majlis yang sama dan tidak kekok untuk membuat video bersama.

komen netizen

komen netizen

Rata-rata netizen yang meninggalkan respon di ruangan komen seperti tidak percaya perkara yang dilihat oleh mereka, malah ada berharap agar satu hari nanti Fazura dan Neelofa juga akan ‘berbaik’ serta mengambil gambar ataupun video bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

4 years lalu

(VIDEO) Neelofa Dedah Sudah Lama Kena 'Block' Dengan Fazura Di Instagram?

The post “Tetiba Sebak!” – Fazura Mesra Buat Video Dengan Athisha Khan, Netizen Harap ‘Next’ Neelofa Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments