#Hiburan: (VIDEO) “Setakat Macam Tu, Takkan Mati Punya” – Fezrul Khan Perjelas Isu Babak Cekik Reen Rahim

Baru-baru ini pelakon, Reen Rahim difahamkan telah ‘mengamuk’ di set penggambaran setelah mendakwa telah dicekik oleh aktor, Fezrul Khan semasa melakonkan satu babak dalam filem seram.

Tampil menjelaskan hal berkenaan, Fezrul Khan menyatakan aksi mencekik Reen Rahim itu tidak akan meragut nyawa.

Advertisement

Fezrul turut memberitahu dia berasa hairan dengan tindakan aktres tersebut yang menjerit kepadanya sejurus babak aksi mereka dihentikan oleh pengarah.

Kenapa bila pengarah ‘cut’ saja, dia kena menjerit dekat saya? Kenapa tak jerit dari awal? Habis saja babak tu, dia siap betulkan rambut. Kalau setakat cekik begitu, tak kan mati punya.”

Watch on TikTok

Memetik laporan GEMPAK, Fezrul sempat memberitahu bahawa dia mempunyai pengalaman dalam urusan berkaitan menyelamat kerana belajar dalam pelbagai badan beruniform.

Saya belajar dengan pelbagai badan beruniform dalam melakukan sesuatu urusan berkaitan menyelamat dan sebagainya. Bahkan saya juga pernah menyelamatkan orang pengsan di set penggambaran. Saya belajar semua itu dan bukan bodoh-bodoh saja.”

Dalam pada itu, pelakon filem Minyak Dagu itu menyatakan dia sebagai aktor memerlukan keserasian dengan pelakon lain bagi menjayakan sesuatu watak dengan baik.

Sebelum ini, Fezrul Khan mengeluarkan kenyataan tidak akan berlakon dengan Reen kerana baginya berlakon seharusnya jujur dan bukannya mengejar populariti semata-mata.

fezrul khan reen rahim
1 minggu lalu

“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” - Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama

The post (VIDEO) “Setakat Macam Tu, Takkan Mati Punya” – Fezrul Khan Perjelas Isu Babak Cekik Reen Rahim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments