#Hiburan: (PRU15) Bukan Saja Fasih ‘Speaking’, Lando Brotherhood Ada Kelulusan Universiti Australia, – “Bukan Beshe-Beshe..”

Sebut saja nama Lando Zawawi, pasti netizen di luar sana mengaitkan individu itu sebagai pelakon dalam program mencari hantu yang popular pada suatu ketika dahulu, Seekers.

Pernah membintangi beberapa drama di bawah penerbitan SKOP Production, Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Bin Zawawi dikenali dengan persatuan Ikatan Silaturahim Brotherhood yang rajin mengadakan bantuan sukarelawan menampal lubang jalan sekitar ibu kota.

Advertisement

Baru-baru ini, Lando mengumumkan dia bakal bertanding di bawah parti Pejuang untuk kawasan parlimen P095 Tanjung Karang.

Namun, apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila latar belakang Lando dalam pendidikan juga luar biasa hebat dan mengagumkan.

Mempunyai kelulusan pengajian akademik di University Of Tasmania, Australia, Lando juga dilihat fasih berbahasa Inggeris setelah videonya bersama media The Star setahun lalu menjadi tular kembali di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terpegun dengan latar belakang pelakon itu yang dianggap ‘bukan biasa-biasa’.

Menarik. Latar belakang dan pengalaman yang agak menakjubkan. Positif untuk diangkat sebagai wakil rakyat. Muka baru pun. Kalau dia menang nak tengok perubahan dan sumbangannya kepada komuniti.

Kata netizen lagi, Lando layak diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan Tanjung Karang kerana dia sering membantu golongan kebanyakan meskipun bukan dalam kehangatan musim Pilihan Raya pada ketika ini.

Kalau aku mengundi kat sana memang aku undi dia antara calon memang nampak buat kerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nurul zahid Nurul Izzah
5 jam lalu

"Sorang Nampak Bijak Sorang Lagi Rempit" - Giat Berkempen Politik, Netizen Bandingkan Nurul Zahid Dengan Nurul Izzah?

The post (PRU15) Bukan Saja Fasih ‘Speaking’, Lando Brotherhood Ada Kelulusan Universiti Australia, – “Bukan Beshe-Beshe..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments