Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memuat naik sedutan lagu terbarunya bersama Caprice di laman Instagram yang berjudul Swipe Remix.
Aliff Syukri dalam pada itu menulis di ruangan kapsyen supaya netizen menyarankan lagu tersebut kepada sesiapa meminati suaranya.
Ya Allah sedap ya suara saya..Tag member korang yang minat dekat suara saya.”
Walau bagaimanapun, lagu tersebut mendapat reaksi negatif oleh warganet di mana rata-ratanya meminta Aliff Syukri untuk berhenti menyanyi dan fokus terhadap perniagaan.
“Masya Allah…Berhenti jelah nyanyi weh..Fokus produk D’Herbs jelah Datuk,” ujar seorang warganet.
“Kelas suara Datuk merdu..Lepas ni jangan nyanyi lagi,” kata seorang lagi netizen.
Sekadar info, lagu tersebut adalah sebagai salah satu cara Caprice meminta rakyat Malaysia untuk keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal tiba pada 19 November ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
The post “Berhenti Jelah Nyanyi Weh” – Cuba Promosi Lagu Baru Dengan Caprice, Netizen Naik Muak Dengan Aliff Syukri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments