#Hiburan: “Caption Mengundang Betul” – Dikutuk Dan Disindir Netizen Dari 2018, Kali Ini Hanis Zalikha & Hairul Azreen Mengundi

Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sering menjadi bualan netizen terutamanya warganet di platform media sosial Twitter.

Topik paling selalu diungkit oleh mereka adalah kisah pada tahun 2018 di mana ibu bapa kepada dua anak tersebut didapati tidak mengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14.

Advertisement

Bagaimanapun, hari ini Hanis dan Hairul akhirnya turun mengundi dan mengesahkan perkara itu menerusi Instagram di mana mereka mengakui ia adalah kali pertama buat mereka.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan respon mereka memandangkan pasangan itu sering disindir gara-gara tidak mengundi pada PRU14 yang lepas.

Malah, ramai berpendapat kapsyen Hanis pada hantaran itu agak ‘mengundang’ kerana seolah-olah mengusik netizen yang sering menyindir mereka.

Sesetengah individu memberikan komen positif dan berkata artis atau public figure seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada pengikut serta peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 hari lalu

"Tahun Ni Pergi Tak?" - Pernah Dikecam Tak Keluar Mengundi, Netizen Ingatkan Hairul Azreen

The post “Caption Mengundang Betul” – Dikutuk Dan Disindir Netizen Dari 2018, Kali Ini Hanis Zalikha & Hairul Azreen Mengundi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments