Pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah yang ditemui mStar Online memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan netizen yang menghina dan mengecamnya di media sosial gara-gara video dakwah antaranya mengenai isu suami membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran.
Kata Afifah, meskipun ramai netizen termasuklah rakan artis yang mengecamnya, dia tidak mengambil hati kerana menganggap mereka itu tidak cukup ilmu.
Saya tak marah pun sebab netizen cakap yang mereka faham. Saya maafkan, macam artis-artis pun saya maafkan.
Macam semalam selepas saya terangkan mereka pun tidak lagi melenting kerana sudah faham.
Terdahulu, Ustazah Siti Afifah bersama suaminya pernah mencetuskan kontroversi kerana membuat kenyataan melabel suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak dan membiarkan aurat isteri terdedah sewenang-wenangnya.
Selain itu, pendakwah itu juga berkata perbuatan bersalaman dengan artis dan selebriti dapat merosakkan roh dan mengatakan bahawa minum susu dapat adalah punca kepada kewujudan kutu.
Kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Takkan Nak Sembunyikan Kebenaran..” – Ustazah Afifah Maafkan Netizen Yang Mengecam, Anggap Tak Cukup Ilmu Pengetahuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments