Gara-gara terlepas cakap ketika berkempen untuk sebuah parti politik, pelakon Zul Huzaimy tampil memohon maaf kepada pihak yang terjejas dan terasa hati dengan kenyataannya itu.
Terdahulu, satu video menjadi tular di media sosial di mana ia memaparkan pelakon itu ada membuat kenyataan berbaur perkauman sewaktu menjadi panel dalam sebuah ceramah bertempat di Kemaman pada 4 November lalu.
Zul Huzaimy kata kalau tak kerana undang2 dia ingin sembelih non muslims. These born again bozos always turn into ISIS wannabe so they balance dacing masa muda buat dosa banyak. Always. https://t.co/JN9ACXWdBN
— Elon Saharudin ? (@1Obefiend) November 13, 2022
Dalam video itu, Zul Huzaimy menyebut ingin menyembelih individu bukan muslim sehingga menimbulkan kritikan melampau di media sosial.
Pelakon filem Remp-It itu kemudian membuat permohonan maaf di laman Instagram miliknya untuk tatapan netizen.
View this post on Instagram
Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat.
Apa yang sebut ialah orang bukan Islam (kafir zimmi) wajar dijaga sebaiknya kerana mereka juga menyokong pemerintahan Islam di negara ini.
Dihubungi Kosmo Online, Zul Huzaimy menzahirkan harapannya agar kenyataan pendek yang disunting itu tidak disensasikan dan ditafsir sebagai sesuatu yang berbaur perkauman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Ia Telah Diedit” – Beri Kenyataan Melampau Terhadap Golongan Bukan Islam, Zul Huzaimy Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments