Seperti yang ramai tahu, penyanyi Najwa Latif telah selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Arifin selepas diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 11 November lalu.
Berita gembira itu telah dikongsikan oleh penyanyi lagu Cinta Muka Buka itu selepas memuat naik hantaran foto majlis pernikahan di laman Instagram sekaligus mengejutkan industri hiburan dan para peminat.
Baru-baru ini, tular pula di laman TikTok video memaparkan Najwa atau lebih mesra disapa Wawa yang dilihat menegur suaminya kerana hanya memuat naik sekeping foto majlis perkahwinan mereka.
Cuba bukak awak punya IG, satu je beb.. satu je beb gambar dia. Okay..
@ekeqekek Sebelum & Selepas. Senang beb buat assignment satu jer submit ? #wawaakwagrad
Susulan itu, Wawa yang kononnya masih merajuk dengan Akwa gara-gara ‘posting’ di Instagram itu sempat berseloroh meminta suaminya untuk tidur di bilik berasingan ketika sedang berbulan madu.
So ni adalah bilik Akwa sebab dia pun post gambar dua je, so tak payah la eh. Ini bilik saya, mewah bukan..
@ekeqekek Replying to @za ? tak post gambar kahwin punya pasal so bilik asing ?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baharu itu bergurau senda.
Malah, ada juga segelintir netizen yang turut ‘tumpang’ gembira melihat Wawa yang dahulunya selalu menggelarkan dirinya ‘President of Single’ kini sudah bahagia mendirikan rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Satu Je Beb..” – Hanya ‘Post’ Satu Gambar Kahwin, Najwa Latif Suruh Suami Tidur Asing first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments