#Hiburan: “Manusia Akhir Zaman, Asalkan Duit Masuk” – Jadi Model Untuk Jenama Pakaian Antarabangsa, Mimi Lana Dikecam Berpakaian Seksi

Jika sebelum ini pelakon Eyka Farhana dikecam oleh warganet kerana berpakaian seksi bagi satu jenama terkenal antarabangsa, kali ini Mimi Lana pula mendapat perhatian netizen apabila turut menjadi model bagi jenama tersebut.

Menerusi akaun Instagram Mimi Lana, pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu berkongsi montaj video untuk mempromosikan jenama pakaian terkenal berkenaan bersama rakan artis Aedy Ashraf dan seorang lagi model wanita.

Advertisement

Dalam video singkat berikut, dapat dilihat Mimi Lana mengenakan singlet berwarna putih yang menampakkan sebahagian daripada perutnya.

Perkara itu menjadi perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan gaya pemakaian Mimi dan mendakwa pelakon itu sanggup mendedahkan aurat demi wang.

“Manusia akhir zaman macam-macam…janji duit masuk,” ujar seorang warganet.

“Senang-senang je lah umat Islma di gula-gula kan dengan agenda kafir…” kata seorang lagi netizen.

Selain itu kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

Aedy Ashraf
6 jam lalu

"Nak Komen Takut Suami Nampak" - Aedy Ashraf 'Posing' Tayang Getah Seluar Dalam, Netizen Jadi Tak Keruan

The post “Manusia Akhir Zaman, Asalkan Duit Masuk” – Jadi Model Untuk Jenama Pakaian Antarabangsa, Mimi Lana Dikecam Berpakaian Seksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments