#Hiburan: “Kami Takut Kena ‘Ain’..” – Tular Foto Kad Kahwin Dengan Safawi Rashid, Syifa Melvin Minta Peminat Tunggu 3 Disember

Tular baru-baru ini apabila pelakon dan usahawan, Syifa Melvin dikatakan bakal bergelar isteri kepada pemain bolah sepat JDT iaitu Safawi Rasid pada 3 Disember ini.

Ini berikutan kad undangan perkahwinan yang tertulis nama kedua-duanya telah tersebar di media sosial.

Advertisement

Namun begitu, Syifa enggan mengesahkan perkara tersebut dan turut meluahkan rasa hairan tentang bagaimana perkara itu boleh tersebar ke pengetahuan umum.

Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun diamkan diri. Kalau tarikh tu, anda nak percaya, percayalah. Hampa tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak.

Katanya lagi, dia enggan terlalu awal menguar-uarkan berita tentang perkahwinan mereka kerana masih belum ada ikatan sah selain bimbang dengan penyakit hasad dengki ‘ain’ manusia.

Kad kahwin syila

Kami cukup bimbang dengan penyakit ain sebab tak semua orang suka bila kita gembira. Orang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula yang bercinta.

Dia walau bagaimanapun berkata akan berkongsi jika sudah tetap tarikh pernikahan dan meminta peminat di luar sana agar mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lufya alana Che Hafiz
2 jam lalu

"Kamu Berdua Telah Menyusahkan Saya!" - Lufya Alana Tak Tahan Difitnah Che Hafiz Dan Julia, Tampil Bela Diri

The post “Kami Takut Kena ‘Ain’..” – Tular Foto Kad Kahwin Dengan Safawi Rashid, Syifa Melvin Minta Peminat Tunggu 3 Disember first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments