#Hiburan: “Saya Pandang Lebih Pada Hati” – Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

Baru-baru ini, pelakon lelaki, Mas Khan ada menjawab pertanyaan pengikutnya menerusi Ask Me Question di platform Instagram.

Di dalam pertanyaan tersebut, individu terbabit menanyakan soalan berkenaan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dan adakah Mas Khan menunaikan solat 5 waktu sehari.

Advertisement

Tidak melatah dengan soalan yang diberi, pelakon terbabit mengakui dirinya memang jarang menunaikan solat 5 waktu, namun tahu bahawa solat itu wajib dilakukan dan tiang agama umat Islam.

Tambahannya lagi, solat wajib 5 waktu itu sememangnya tersasar, namun dia mencari alternatif lain untuk menambah pahala dengan melakukan ibadah lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Sebelum ini, nama pelakon berusia 28 tahun ini telah terpalit dengan isu membela haiwan peliharaan anjing dan ramai pertikaikan tindakannya itu.

Mas Khan
6 hari lalu

"Kita Bukan Tak Tahu Halal Haram" - Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikecam

The post “Saya Pandang Lebih Pada Hati” – Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments