#Hiburan: “Boleh Gulung Tikar Macam Ni!”, Individu Kesal Rayuan Permohonan Tak Diendah

Hak bumiputera/peribumi merupakan satu isu yang boleh dikatakan agak sensitif di negara ini. Perkara 153, dalam Perlembagaan Malaysia ini mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan penduduk asli mana-mana negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain.

Ini telah menjadi teras sebelum pembentukan sebuah negara Malaysia hari ini, di mana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum kaum dan agama. Namun kini, timbul pula satu isu baru yang menjadi pertikaian, apabila bumiputera mula menggunakan nama seperti bukan bumiputera (berkemungkinan daripada proses asimilasi) sehingga menyebabkan salah faham.

Advertisement

Berjaya dapat AP terbuka tapi…..

Mungkin apabila melihat namanya, kita menyangka beliau berbangsa Cina. Tapi ternyata jangkaan itu meleset kerana beliau sebenarnya seorang peribumi yang berasal daripada etnik Kadazan.

Sama seperti bumiputera/peribumi yang lain, Ronald Wong ingin menikmati keistimewaan yang telah diperuntukkan melalui Perlembagaan, tapi malangnya, namanya menimbulkan salah faham.

Kisahnya bermula apabila Ronald Wong berhijrah daripada Sabah ke Kuala Lumpur dan memasuki industri jualan kereta terpakai. Pada 2016, beliau telah membuka syarikat penjualan kereta import terpakai di Singapura yang dikenali Quantum Armor Co., Ltd. 

Pada 2017, beliau menubuhkan Prestasi Mahabayu Sdn. Bhd., sebuah pengedar kereta terpakai di Petaling Jaya. Dua tahun kemudian, beliau berhasrat menukar arah perniagaan dengan menjual kenderaan terpakai (CBU) import yang telah diubah suai.

Ronald Wong kemudiannya telah memohon AP (Permit Import) terbuka daripada Kementerian Perdagangan dan Kepenggunaan.

Untuk pengetahuan, AP terbuka diperkenalkan pada pertengahan 1970-an bagi menggalakkan ahli perniagaan bumiputera tempatan melibatkan diri dalam pengedar kereta. 

Di bawah sistem ini, semua kenderaan yang diimport (iaitu bukan pemasangan tempatan) mesti mempunyai AP terbuka berdasarkan syarat-syarat seperti dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera (dan pengurusan juga perlu Bumiputera, sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang automotif, kewangan yang kukuh dan memiliki pangkalan paparan kereta yang sesuai.

Selepas beberapa kali pemeriksaan dan penambahbaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Prestasi Mahabayu Sdn Bhd berjaya memperoleh AP terbuka yang dikeluarkan pada 24 Disember 2021 dan secara rasmi menjadi pemegang AP terbuka baharu.

Disekat kerana nama ATAU sebaliknya?

Selepas memegang AP Terbuka, Ronald Wong kemudiannya telah memohon menjadi ahli untuk sebuah persatuan peniaga kenderaan bumiputera bagi memudahkan urusannya melakukan proses import kenderaan.

Tapi malangnya permohonannya telah disekat dengan alasan beliau bukan anak jati yang tidak memenuhi Peraturan Asas Naturalisasi.

“Kalau saya bukan orang asli tidak mungkin saya berjaya mendapat pas AP terbuka daripada KPDNHEP”

Tambah beliau, kad pengenalannya jelas memaparkan dia merupakan suku kaum Kadazan iaitu orang asli Malaysia.

Rayuan dan permohonan tidak diendahkan 

Tidak berputus asa, setiap hari selama hampir sebulan beliau menunggu di pejabat persatuan untuk bertemu dengan individu yang bertanggungjawab tetapi tidak diendahkan.

Bagi menyelesaikan perkara ini Ronald Wong mengeluarkan surat rasmi daripada peguam bagi mengatur pertemuan bersama KPDNHEP, Jabatan Kastam dan pihak persatuan. Namun, sekali lagi tidak dihiraukan.

Pada yang tertanya-tanya kenapa beliau bersungguh-sungguh ingin bernaung di bawah persatuan kereta. Ini kerana, walaupun memiliki AP terbuka dan boleh mengimport kereta CBU asing secara sah, pengusaha yang tidak mempunyai keahlian daripada persatuan tertentu tidak layak mendapat pengecualian kastam dan perlu menampung kos-kos luar jangka.

Setiap kereta yang dibawa masuk pula akan dikenakan 30% cukai import dan perlu dibayar sekaligus!

Bayangkan perlu keluarkan perbelanjaan yang besar untuk setiap kereta, itu belum termasuk deposit seratus ribu serta deposit keselamatan yang bank perlukan untuk pinjaman pembeli kereta. 

Lari weyh cash flow!!!

Harap persatuan kereta lebih telus

Jika sebelum ini syarikat Ronald Wong mampu menjual lebih daripada 20 kereta terpakai sebulan, tetapi kini hanya menjual beberapa sahaja yang terjual. Itu belum termasuk proses pinjaman bank dan pertukaran nama yang sebelum ini mengambil masa 2 minggu kini boleh memakan masa sehingga dua bulan untuk menjual kereta. 

Ronald Wong berharap pihak persatuan dapat menjadi lebih telus dan bertanggungjawab menyelesaikan pemalasahan ini. Baginya sia-sia jika memiliki AP terbuka tanpa menjadi ahli persatuan kenderaan kerana ia akan menjejaskan perniagaannya yang berkemungkinan besar terpaksa ditutup jika kata sepakat tidak dicapai.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kenderaan import jenis CBU, anda boleh mengunjungi Bilik Pameran Kereta Prestasi Mahabayu Sdn. Bhd. Mereka menawarkan servis pra tempah dan membantu pelanggan mengimport kereta terus daripada luar negara dengan mengikut prosedur dan undang-undang. Harga yang diberikan juga terbuka dan telus. 

Selain itu, mereka turut menyediakan perkhidmatan seperti memperbaharui cukai jalan,insurans, ubah suai kereta, hiasan dalaman kereta, pemeriksaan kenderaan dan juga lesen plat.

Kalau korang perlukan perkhidmatan seperti di atas, korang boleh dapatkan khidmat di Prestasi Mahabayu Sdn. Bhd.

Jom support orang kita!

The post “Boleh Gulung Tikar Macam Ni!”, Individu Kesal Rayuan Permohonan Tak Diendah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments