#Hiburan: “Mesti Ada Benda Terjadi Dekat Dia” – Kenalan Sebak Tengok Lelaki Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak Digari

Sejak kebelakangan ini, kisah seorang bapa membunuh isteri dan anak yang baru berusia 44 hari sememangnya telah menyentuh hati kebanyakkan masyarakat serta tertanya-tanya kenapa dia melakukan hal sekejam itu.

Lebih membuatkan ia menjadi satu persoalan apabila lelaki berkenaan melarikan diri dengan menaiki motor tanpa seurat benang selepas melakukan hal terbabit.

Advertisement

Bukan hanya bapa mentua, malah rakan-rakan serta jiran juga berkata sifat lelaki tersebut sememangnya berbeza dengan apa yang dilakukan kerana dia dikenali dengan sifatnya yang baik serta penyayang.

Di TikTok Berita RTM baru-baru ini, pihak mereka ada memuat naik satu video memaparkan lelaki tersebut berpakaian oren turun dari trak polis.

Advertisement

Melihat dari video tersebut, suspek hanya menundukkan muka selain dari mendengar segala arahan yang diperintah oleh pihak berkuasa sewaktu itu.

Meninjau di ruangan komen, ada beberapa kenalan suspek yang meninggalkan komen berasa sayu melihat keadaan suspek seperti itu serta menegaskan bahawa suspek menghadapi masalah lain kerana keadaannya tidak seperti dulu.

Lelaki kelar isteri dan anak

Malah, mereka turut berharap agar masyarakat tidak menghukum secara melulu terhadap suspek dengan andaian yang tidak benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

20 jam lalu

TERKINI: Lelaki Didakwa Kelar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Negatif Dadah

The post “Mesti Ada Benda Terjadi Dekat Dia” – Kenalan Sebak Tengok Lelaki Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak Digari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments