Negara Malaysia sememangnya negara yang sangat menitikberatkan tentang adab apabila berbicara dengan sesama sendiri kerana itu merupakan cara untuk kita hormat menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, baru-baru ini terdapat satu video tular di platform Twitter memaparkan cara pengawal di sebuah universiti yang terletak di negeri Nilai berbicara seakan-akan tidak beradab terhadap seorang pelajar.
Difahamkan dari video yang dimuat naik, pengawal tersebut telah meminta kad matrik pelajar berkenaan, namun pelajar itu tidak membawanya ketika itu.
Tengoklah macam mana cara guard USIM layan mahasiswa? Sedangkan boleh cakap elok-elok untuk minta kad Matriks pelajar. Peraturan tunjukkan kad matriks sebelum jam 10 malam sendiri pun pelik, sedangkan kawasan univ dibuka untuk orang awam keluar masuk juga. pic.twitter.com/oRx8NyOz6J
— Sun ?? (@wanmehsan) June 5, 2022
Pelajar terbabit mengakui kesalahannya kerana tidak membawa kad matrik, bagaimanapun cara percakapan pengawal tersebut untuk menegur mereka sememangnya dianggap tidak beradab. Tambah pula, suara yang dilontarkan oleh pengawal terbabit ketika itu sememangnya kuat.
Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi pelajar terbabit dan berkata kesalahan memang ada pada pelajar berkenaan, namun sebagai pengawal di sebuah universiti, dia seharusnya menunjukkan contoh serta adab yang elok kepada pelajar baharu.
Dalam pada masa yang sama, ada juga meluahkan rasa geram kerana boleh saja pengawal berkenaan tegur dengan cara yang lebih baik daripada bersikap kurang ajar seperti yang ditunjukkan di dalam video tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Bila Rempit Pakai Uniform” – Tengking Pelajar Hanya Sebab Tak Bawa Kad Matrik, ‘Guard’ Teruk Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments