Gara-gara enggan menerima pinangan, anak kepada seorang wanita bergelar ibu tunggal menemui ajal kerana dicekik oleh seorang lelaki angkara dendam.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah Daerah Bungo, Jambi, Indonesia seperti laporan Tribun News.
Lelaki berusia 56 tahun itu pada mulanya ‘memancing’ anak kepada wanita itu untuk membeli mercun bersama-sama namun membawanya ke hotel untuk melakukan perbuatan jahatnya itu.
Mangsa yang berusia 5 tahun itu kemudian dibunuh dengan kejam dengan cara mencekik lehernya.
Tidak habis dengan itu, si lelaki yang kecewa kerana ditolak cintanya oleh ibu mangsa cuba untuk meminum racun tikus dengan niat untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.
Namun, cubaan tersebut gagal dan akhirnya suspek menyerah diri kepada pihak polis.
Menurut Ketua Polis daerah Bungo, suspek bermotifkan balas dendam kerana sering gagal dalam percintaan dan juga berhabis banyak duit untuk ibu mangsa namun ketika mengajaknya untuk bernikah, wanita berkenaan menolak permintaan suspek mentah-mentah.
Trauma memikirkan wanita berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek nekad untuk membunuh anak teman wanitanya itu.
The post Janda Enggan Terima Pinangan, Si Anak Maut Dicekik Teman Lelaki Kerana Dendam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments