#Hiburan: ‘OOTD’ Buruk Sebab Dagu Berlapis? Jom Cuba Teknik Solekan Ini Baru ‘On Point!’

Masalah dagu berlapis atau ‘double-chin’ sememangnya menjadi halangan buat mereka yang gemar mengambil gambar ‘selfie’ atau OOTD kerana pastinya ia jelas kelihatan di dalam gambar!

Punca terjadinya dagu berlapis terutamanya dalam kalangan wanita adalah disebabkan lemak tertumpu yang dipanggil submental di bawah dagu. Sering dikaitkan dengan penambahan berat badan, masalah ini juga ada kaitan dengan faktor penuaan.

Advertisement

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana terdapat teknik solekan yang mampu ‘menyembunyikan’ ‘double-chin’ ini. Jom kita cuba!

1. Garisan rahang memainkan peranan

Ketika ‘make-up’, fokus kepada bahagian ini agar ia tidak jelas kelihatan disebabkan oleh ilusi yang dihasilkan.

Caranya, solek teknik kontur wajah di bawah dagu dengan melukis bentuk segi tiga menggunakan ‘contour stick’ di sisi wajah. Kemudian oleskan dengan bedak ‘compact’.

2. Pastikan tekstur ‘make-up’ digunakan sesuai dengan wajah

Pilih ‘contour stick’ yang berona sesuai dan bronzer bertekstur matte agar wajah tidak berkilat dan lebih kemas.

Advertisement

Manakala foudation stick berona gelap juga boleh digunakan untuk ‘menutup’ dagu berlapis.

3. Bibir  anda pembayang mata yang lebih ‘berani’

Ubah fokus pada wajah anda berbanding pada dagu berlapis dengan memberi tumpuan pada bahagian bibir dengan menggunakan warna yang lebih berani dan cerah seperti merah misalnya.

bibir merahSumber : Google  

Guna lip gloss agar bibir anda lebih menyerlah, supaya perhatian dapat dialihkan daripada double chin!

Sama juga aplikasi ini pada bahagian mata, namun janganlah terlalu berlebihan pula ya.

4. Garisan leher lebih menonjol

Guna highlighter pada bahagian garisan leher dan tulang selangka agar lebih menonjol dan menarik.

Tak perlu buat pembedahan pun, guna kaedah-kaedah di atas agar masalah double chin anda disembunyikan secara semula jadi.

tips pilih foundation tanpa pakai tester
2 bulan lalu

(VIDEO) "Mudahnya!" - Gadis Kongsi Tips Cara Pilih 'Foundation' Tanpa Perlu Guna Tester

The post ‘OOTD’ Buruk Sebab Dagu Berlapis? Jom Cuba Teknik Solekan Ini Baru ‘On Point!’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments