Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ruud Irwan yang berkongsi keadaan terkini di salah satu tempat tarikan pengunjung di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran tersebut, Irwan meluahkan rasa kecewa apabila beberapa bahagian di jambatan ‘River Of Life’ mengalami keretakan dan kerosakan serta jubin yang pecah dan tertanggal.
Menurutnya, projek ‘River Of Life’ yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib itu dikatakan mencecah billion ringgit namun tidak diselenggara dengan baik.
Nak tunggu ada VIP tergolek kat sini baru repair kot. Sayang la tourist attraction jadi macam ni.
Malah, dia turut membuat aduan pada hari yang sama dan berharap tempat tarikan pelancong itu segera dibaiki dengan material yang lebih berkualiti.
Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen telah mendakwa hasil kerja pembinaan jambatan itu telah dilakukan dengan kurang baik kerana tidak tahan lama.
Hauk gile workmanship – netizen.
“Kelemahan utama dekat Malaysia. Projek gah gah, tapi maintenance kelaut,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Nak Tunggu Ada VIP Tergolek Baru Repair” – Lantai ‘River Of Life’ Retak Teruk, Pengunjung Luah Rasa Kecewa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments