#Hiburan: “Nak Tunggu Orang Mati?”- Isu Kesesakan LRT Semakin Meruncing, Pengguna Tunggu Respon ‘Orang Atas’

Isu penggunaan dan servis LRT yang mengecewakan nampaknya semakin hari semakin diperkatakan pengguna berikutan masalah ‘kekerapan’ dan juga ‘crowd control’ yang dianggap gagal.

Seperti satu untaian tweet yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, @nrjwznl mendakwa pengguna terpaksa beratur cukup panjang sebelum platform LRT Pasar Seni sehinggalah  eskalator yang menghubungkan MRT.

Advertisement

Individu itu turut berkongsi foto yang memaparkan ‘line-up’ yang sangat panjang sehingga pengguna terjejas terpaksa berhimpit dan bersesak antara satu sama lain.

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan kerana ramai pengguna bimbang dengan struktur bangunan dan risau jikalau ada yang terjatuh atau sebagainya ketika bersesak dan beratur panjang seperti itu.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

Malah, pengguna juga risau akan kejadian jenayah seperti pencopet dan ‘sexual harrasment’ yang mungkin terjadi.

Semakin hari semakin teruk dan mengecewakan, ramai netizen berharap ‘orang atasan’ tampil memberi penjelasan dan langkah-langkah yang lebih efektif bagi mengatasi permasalahan itu dan bukannya hanya tahu membuat permohonan maaf di media sosial sahaja.

polis
19 jam lalu

(VIDEO) "Beria Kau Blocking" - Polis 'Escort' Tiba-Tiba Himpit Kereta Walaupun Jalan Kosong Buat Pemandu Berang

The post “Nak Tunggu Orang Mati?”- Isu Kesesakan LRT Semakin Meruncing, Pengguna Tunggu Respon ‘Orang Atas’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments