#Hiburan: ‘Scam’ Bakal Pengantin Hampir RM53k, ‘Wedding Planner’ Ditahan Polis Lepas Tukar Nama Facebook

Seorang perancang majlis perkahwinan  ‘wedding planner’ telah ditahan polis kerana telah melakukan penipuan dengan menawarkan bakal pengantin baru pakej perkahwinan bajet serendah RM8 sekepala, lapor Sinar Harian.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang memaklumkan bahawa wanita berusia 50-an itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Advertisement
wedding planner Sumber : Sinar Harian  

Kata Kamarul, polis telah menerima 10 laporan membabitkan pengusaha katering berkenaan dengan kerugian sebanyak RM53,380 setakat Isnin lalu.

Modus operandi wanita itu bermula apabila dia menawarkan pakej terlampau murah dan apabila tiba hari majlis perkahwinan,mangsa menyedari makanan yang ditempah tidak dihantar atau kurang selain basi.

Difahamkan, wnaita itu juga telah bertindak menukar akaun Facebook bernama Kekasih Hati Katering kepada akaun bernama Emir Mimi setelah penipuannya itu terbongkar di media sosial.

Advertisement

Terdahulu, tular sebuah video TikTok memaparkan satu pasangan pengantin meluahkan rasa kecewa dan ralat kerana tempahan pakej katering yang ditempah sebanyak 700 pek hanya diberi tidak kurang daripada 50 pek sahaja pada hari majlis perkahwinan mereka.

katering
1 hari lalu

(VIDEO) Majlis Kahwin Huru-Hara, 'Order' Katering 700 'Pax' Yang Datang Cuma Makanan Untuk 50 Orang Tetamu

The post ‘Scam’ Bakal Pengantin Hampir RM53k, ‘Wedding Planner’ Ditahan Polis Lepas Tukar Nama Facebook first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments