Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan sekumpulan pengamal perubatan sedang gembira menari di hadapan seorang wanita hamil yang sedang bertarung nyawa.
Melalui video berkenaan, pengamal-pengamal perubatan itu semua seronok menari sambil menunggu air ketuban wanita di atas katil itu pecah.
View this post on Instagram
Difahamkan, sebab mereka menari di hadapan wanita itu hanya kerana ingin menghiburkan pesakit yang sedang menahan sakit berkenaan, tambahan pula pesakit tidak boleh dipegang ketika itu.
Dalam pada masa yang sama, pemilik video terbabit memberitahu mereka telah meminta izin si suami terlebih dahulu untuk membuat konten TikTok yang tular itu.
Pesakit pun terkejut kenapa video tu boleh viral padahal dia pun rasa terhibur. Pesakit tu dah dua kali melahirkan anaknya di sini.
Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata mempertikaikan tindakan mereka biarpun sudah mendapat keizinan si suami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Goyang Dulu Sebelum Air Ketuban Pecah!” – Sakan Menari Depan Pesakit, Sekumpulan Pengamal Perubatan Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments