#Hiburan: (VIDEO) “Semangat Kesukanan Tinggi”- Lelaki Warga Bangladesh Kibar Bendera Negara Dicelah Penyokong Malaysia

Umum sedia tahu bahawa Malaysia dapat melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas menumpaskan Bangladesh 4-1 malam tadi.

Oleh kerana semalam merupakan perlawanan penentuan ke Piala Asia, ramai yang berpusu-pusu menyerbu Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan.

Advertisement

Selain itu, warganegara Bangladesh yang menetap di Malaysia juga tidak terlepas menyokong pasukan negara mereka.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Qiem, apabila video yang dikongsikan menunjukkan seorang penyokong negara Bangladesh berada di kalangan penyokong Harimau Malaya.

Advertisement

Difahamkan bahawa lelaki itu telah berkahwin dengan warganegara Malaysia membuatkan dia terpaksa duduk di tengah-tengah penyokong Malaysia.

Menerusi video itu, lelaki itu bersungguh-sungguh mengibarkan bendera Bangladesh menunjukkan sokongan kuat terhadap negara tersebut.

Sumber : TikTok/Qiem 

Dalam video lain, dapat dilihat lelaki itu duduk bersama isteri dan anaknya yang turut serta menonton perlawanan bola sepak itu.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat lelaki itu yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

2 minggu lalu

"Heret Ke Katil Bilik Tidur" - Pemain Bola Sepak Liga Tanah Air Ditahan, Didakwa R*gol Gadis 18 Tahun

 

The post (VIDEO) “Semangat Kesukanan Tinggi”- Lelaki Warga Bangladesh Kibar Bendera Negara Dicelah Penyokong Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments