Festival Bon Odori yang ditangguhkan sekian lama dilaporkan akan diadakan di Shah Alam pada 16 Juali dan Pulau Pinang pada 30 Julai 2022 ini.
Kemeriahan festival itu yang mengetengahkan budaya masyarakat Jepun itu pastinya dinantikan ramai orang di luar sana.
Namun, menurut laporan Free Malaysia Today, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan festival tersebut mempunyai unsur-unsur keagamaan dan menasihatkan agar umat Islam terutamanya agar tidak menyertai festival tersebut.
Kata Idris, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan maklumnya lagi, kekeliruan tidak perlu wujud meskipun risalah Festival Bon Odori itu memaparkan wanita bertudung.
Sekadar info, festival Bon Odori menampilkan persembahan berupa tarian yang mempunyai kaitan dengan amalan menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun.
The post Festival Bon Odori Bertentangan Syarak, Idris Ahmad Nasihatkan Umat Islam Agar Tidak Sertai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments