#Hiburan: “Macam ‘Style’ Budak Lepak Kompleks ‘Mall'” – Berfesyen Sampai RM99K, Netizen Perli Gaya Lelaki Nampak Murahan

Video dimuat naik seorang lelaki di akaun TikTok mendapat perhatian ramai netizen selepas dia menunjukkan gayanya ‘top to toe’ dengan jumlah keseluruhan lebih RM98,000.

Menerusi rakaman itu, lelaki yang memakai t shirt berwarna ‘maroon’ itu menyenaraikan setiap barang dipakainya berserta jumlah harga ‘item’ tersebut.

Advertisement

Berikut adalah harga barangan yang dibelinya itu:

  • T shirt Sacoor – RM600
  • Seluar Uniqlo – RM149
  • Beg Dior: RM8,500
  • Jam tangan Rolex – RM80,000
  • Kasut Dior – RM5,000

Bagaimanapun, perkongsian lelaki berkenaan tentang jumlah harga barangan miliknya itu menerima respon kurang memuaskan daripada netizen.

Advertisement

Video itu turut mendapat perhatian ramai di Instagram di mana rata-ratanya memerli tindakannya itu kerana bersifat riak selain turut mengkritik gayanya berfesyen kerana tidak ‘smart’.

Menurut mereka, meskipun dia sudah menghabiskan puluhan ribu ringgi namun ‘taste’ dan gayanya nampak seperti murahan.

Beberapa netizen malah sempat berseloroh dan ‘tag’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan lelaki tersebut memiliki kekayaan sebegitu pada usia yang muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Tak Malu Betul" - 'Show Off' Beli Rumah Umur 22 Tahun, Netizen Kantoikan 'Youtuber' Sebenarnya Sewa Je!

The post “Macam ‘Style’ Budak Lepak Kompleks ‘Mall'” – Berfesyen Sampai RM99K, Netizen Perli Gaya Lelaki Nampak Murahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments