Beri alasan ‘outstation’ untuk bekerja tetapi rupanya ingin berkahwin dua, seorang wanita di negara Indonesia tekad untuk ‘menyerbu’ majlis pernikahan suaminya itu bersama bakal isteri kedua seperti sebuah video yang tular baru-baru ini.
Tak tumpah seperti sinetron Indonesia yang sering kita lihat di kaca TV, wanita itu turut membawa ahli keluarganya untuk menyerang rumah bakal madunya itu ketika majlis perkahwinan itu sedang berlangsung.
Isteri kepada lelaki bernama Yusuf itu turut memberi amaran kepada bakal madu agar tidak meneruskan acara pernikahan dan akan menuntut semua harta suaminya itu.
Difahamkan, wanita yang diserang itu tahu mengenai status lelaki berkenaan yang sudah mempunyai isteri namun tetap mahu meneruskan perkahwinan mereka.
Alasan suami nak pergi ke Surabaya. Rupanya nak nikah kat Lumajang. Sebenarnya isteri tak tahu perkara itu dan ada orang yang datang rumah beritahu perkara sebenar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang menyerang si suami bersama bakal madu.
Malah ada juga yang menunjukkan rasa simpati dengan nasib anak yang terpaksa melalui dan melihat perkara-perkara seperti itu.
The post (VIDEO) Konon Pergi ‘Outstation’, Wanita Ini Nekad Serang Majlis Perkahwinan Suami Dan Madu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments