#Hiburan: Hidap Sindrom ‘Ramsay Hunt’, Justin Bieber Batalkan Beberapa Siri Konsert Jelajah

Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal antarabangsa Justin Bieber akan mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Oktober tahun ini.

Akan tetapi, baru-baru ini, Justin mengumumkan bahawa dia akan membatalkan beberapa siri jelajahnya akibat faktor kesihatan yang dihadapi.

Advertisement

Difahamkan, Justin Bieber mengalami ‘kelumpuhan muka’ akibat sindrom Ramsay Hunt dan virus telah merosakkan saraf di bahagian telinganya.

Setakat ini, beliau telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York dalam jelajah Justice di Amerika Utara.

Dalam video yang dikongsikan Justin, dia menunjukkan kelumpuhan muka yang dihadapinya dan memerlukan masa untuk sembuh.

Beliau juga menyatakan bahawa masa yang dimiliki akan digunakan untuk berehat dan berjanji akan sihat sepenuhnya untuk peminat-peminat.

'reseller' jual tiket Justin Bieber dua kali ganda
2 bulan lalu

Sekelip Mata Tiket Konsert Justin Bieber Habis Dijual, 'Reseller' Ambil Kesempatan Jual 2 Kali Ganda

The post Hidap Sindrom ‘Ramsay Hunt’, Justin Bieber Batalkan Beberapa Siri Konsert Jelajah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments