#Hiburan: (VIDEO) “Kan Dah Mendapat” – Lelaki Main ‘Acah-Acah’ Dengan Orang Utan Sekali Kena Tarik, Netizen Kata Padan Muka

Baru-baru ini tular di media sosial, satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki  dikenali sebagai Hasanal Arifin berdepan detik cemas apabila ditarik oleh seekor Orang Utan di sebuah Zoo Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau.

Menerusi video tersebut, dilihat baju serta kaki Hasanal secara tiba-tiba ditarik Orang Utan yang diberi nama Tina ketika merekod dirinya bermain bersama haiwan yang berada di dalam kandang itu.

Advertisement

Malah, Hasanal turut ketakutan dan meminta pertolongan selepas panik kerana enggan dilepaskan oleh Orang Utan tersebut.

orang utan

Menurut laporan Akurat.co, penjaga zoo berkata Hasanal telah bertindak memasuki kawasan larangan yang tidak dibenarkan untuk pelawat dan hanya dibenarkan untuk pekerja zoo sahaja.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon, ada yang berpuas hati selepas melihat kejadian tersebut dan ada juga yang mengecam tindakan lelaki itu yang bermain ‘acah-acah’ dengan haiwan liar.

Kau mengajuk dia lagi, kan dah mendapat. – Netizen.

Orang Utan punya kuat kalau nak patahkan jari macam patahkan ranting je,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kanta lekap melekat atas mata
2 jam lalu

‘Contact Lens’ Hilang Dalam Mata, Gadis Cuak Gara-Gara Gosok Mata Terlalu Kuat

The post (VIDEO) “Kan Dah Mendapat” – Lelaki Main ‘Acah-Acah’ Dengan Orang Utan Sekali Kena Tarik, Netizen Kata Padan Muka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments