#Hiburan: (VIDEO) “Tolong Viralkan Rakyat Malaysia” – Pakcik & Anak OKU Berteduh Depan 7E Buat Netizen Sebak

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nana Rais yang memaparkan seorang warga emas bersama anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat pakcik dan anaknya terpaksa duduk di hadapan kedai 7-Eleven kerana tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Advertisement

Malah, apa yang lebih menyayat hati adalah apabila mereka terpaksa berteduh di 7E dipercayai terletak di Sungai Buloh itu sehingga lewat malam.

pakcik

Ya Allah kesian pakcik dengan anak dia (OKU) malam-malam macamni masih lagi ada dekat luar.

Menurut pemilik video, setiap kali ada orang awam yang dapat membantu dengan memberikan sedekah kepada pakcik itu, dia akan mendoakan si pemberi sehingga mengalirkan air mata tanda bersyukur.

Tolong viralkan rakyat Malaysia.. saya hanya membantu yang termampu.

@nanarais94

tolong viralkan rakyat malaysia.. sy hanya membantu yg termampu #viral #rakyatmalaysiabersatu #rakyatmalaysia #pakcikdananakoku

? original sound – ki – ki

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat keadaan warga emas itu yang terpaksa menjaga anak OKU dalam keadaan kesusahan. Malah, ada juga yang mempersoalkan dimana perginya pihak bertanggungjawab yang sepatutnya membantu mereka.

Penatlah asyik tengok orang susah yang tak terbela ni? Where the hell are u politicians??? – netizen.

Video kejap macam ni pun buat aku menangis. Semoga allah permudahkan urusan pakcik dan anaknya. Ameen ya rabb,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

konsultan
1 jam lalu

(VIDEO) "Dengar Boleh, Percaya Jangan" - Netizen Kecam Konsultan Bisnes Main 'Goreng' Fakta Dalam Seminar

The post (VIDEO) “Tolong Viralkan Rakyat Malaysia” – Pakcik & Anak OKU Berteduh Depan 7E Buat Netizen Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments