#Hiburan: “Melampau Dah Ni”- Ahli Dolla, Sabronzo Dikritik Netizen Sebab Menari Gaya ‘Twerk’

Kumpulan yang sedang meningkat naik Dolla dianggotai oleh empat orang wanita seringkali disebut-sebut sejak kebelakangan ini.

Namun, baru-baru ini salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut telah menjadi kecaman netizen akibat video tarian yang dikongsikan di laman sosial TikTok.

Advertisement

Dalam video berkenaan, Sabronzo dapat dilihat menari bersama-sama ahli kumpulan lain iaitu Syasya, Tabby dan Angel. Akan tetapi, apa yang menarik perhatian netizen apabila Sabronzo menari dalam gaya ‘twerk’ menyebabkan ramai berasa kurang senang.

Pendapat netizen mengenai gaya menari tersebut adalah sangat keterlaluan, bukan itu sahaja, pemakaian Sabronzo juga ditegur kerana lebih seksi berbanding ahli bukan Islam yang lain.

Advertisement

Video berkenaan berjaya meraih tontonan sebanyak 2.1 juta dan telah dihujani dengan komen-komen negatif oleh warganet.

Selain itu, ada juga yang berpendapat agar Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli segera bertaubat selagi mampu.

2 bulan lalu

"Ni Krismas Ke CNY?" - Lagu Raya Dolla Dengan Hael Husaini Dikritik Sebab 'Hilang' Budaya Dan Tema Raya

The post “Melampau Dah Ni”- Ahli Dolla, Sabronzo Dikritik Netizen Sebab Menari Gaya ‘Twerk’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments