Sebelum ini, pelakon Indonesia yang memang dikenali iaitu Marshanda sering berceritakan tentang penyakit bipolar yang dialaminya kepada umum dan baru-baru ini, beliau memberitahu caranya mengatasi penyakit terbabit di Instagramnya.
Melalui hantaran video yang dimuat naik itu, kelihatan dirinya sedang menari sakan dan tarian yang dilakukan itu dikatakan caranya meluahkan emosi.
Menurutnya, dengan melakukan tarian sedemikian, ia akan memberikan ketenangan kepada dirinya.
View this post on Instagram
Melihat daripada reaksi netizen, mereka turut berkongsikan bahawa memang ada yang melakukan hal yang sama ketika tertekan. Bagaimanapun, kebanyakkan netizen juga meminta agar Marshanda mengambil cara lain seperti perbanyakkan solat apabila tertekan.
Menurut mereka, daripada berjoget seperti itu, lebih baik perbanyakkan amalan untuk mendapatkan ketenangan.
Sedar Marshanda dikecam ramai, segelintir netizen membela pelakon terbabit dan berkata ibu tunggal terbabit berhak untuk melakukan apa saja yang membolehkan dirinya mengatasi penyakitnya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Joget Sakan Untuk Atasi Masalah Bipolar, Netizen Perli Marshanda Perbanyakkan Solat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments