#Hiburan: “Tak Perlu Pun Pakai Sunscreen” – Dakwa Orang Asia ‘Kebal’ Cahaya Matahari, Lelaki Ini Dikecam Netizen

Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter memperlihatkan seorang individu memberi pesanan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar tidak merosakkan muka dengan memakai sunscreen.

Menurutnya, sebagai orang asia tenggara, kulit kita sudah dikurniakan dengan suncreen semulajadi dan menegaskan kenaikan kanser kulit di dunia semakin meningkat akibat berlakunya peningkatan dalam menggunakan sunscreen.

Advertisement

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata menentang pendapat individu berkenaan serta turut memberi pandangan masing-masing.

komen twitter

Advertisement

Bukan saja netizen memberi pandangan mereka, malah pakar turut meninggalkan komen balasan untuk menerangkan lebih lanjut mengenai pengunaan sunscreen berserta dengan bukti bahawa apa yang diperkatakan oleh individu terbabit tidak benar.

komen twitter

Malah, ada juga yang berkata punca kenaikannya kanser kulit di dalam dunia atas kerana penggunaan teknologi yang semakin berleluasa dan bukannya sebab orang ramai sering mengguna sunscreen untuk melindungi kulit mereka dari cahaya matahari.

Sekadar info, sunscreen adalah antara satu barang yang sering dipakai oleh orang ramai dan ianya akan di apply semula selang beberapa jam bagi mendapat pelindung penuh dari sinaran cahaya matahari terkena kulit.

Shuhaimi Lua PU Syed
2 jam lalu

"Haram Tetap Haram" - PU Syed Tegur Pengarah Shuhaimi Lua Isu Pelakon Lelaki Buka Baju Dalam Drama

The post “Tak Perlu Pun Pakai Sunscreen” – Dakwa Orang Asia ‘Kebal’ Cahaya Matahari, Lelaki Ini Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments