#Hiburan: “Jangan Bagi, Nanti Dia Kencing Merata!” – Saksi Akui Dengar Bainun Menjerit Tak Bagi Bella Minum Air

Terbaharu, saksi pendakwaan kelapan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kelibat yang dilihat olehnya berhampiran dengan peti sejuk itu adalah adik Bella, bukannya makhluk halus.

Saksi bernama Suhana Zam berkata seperti itu apabila ditanyakan peguam Farhan Maaruf susulan kelibat yang dilihat pada tengah malam ketika di rumah Siti Bainun Ahd. Razali ketika sedang membuat kerja di rumah berkenaan tahun lalu.

Advertisement

Apabila peguam bertanya pada saksi sama ada mempunyai perasaan takut melihat kelibat tersebut, saksi menjawab dia tidak mempunyai sebarang rasa takut bila melihat sepasang tubuh diri dihadapan peti sejuk.

siti bainun

Memetik dari laporan Kosmo, saksi tersebut dalam pada masa yang sama juga berkata dia pernah mendengar pemilik Rumah Bonda itu menjerit dengan nada marah kerana ada seseorang memberi Bella air untuk diminum olehnya.

Difahamkan, Bainun enggan memberi air kepada Bella kerana mendakwa adik istimewa itu akan membuang air kecil di serata tempat.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Rumah Bonda Rina Harun
1 hari lalu

(VIDEO) “Terbongkar Jua” - Siti Bainun Saman JKM KL, Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda

The post “Jangan Bagi, Nanti Dia Kencing Merata!” – Saksi Akui Dengar Bainun Menjerit Tak Bagi Bella Minum Air first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments