#Hiburan: Syamsul Yusof Didakwa Bakal Berkahwin Dengan ‘Orang Ke-3’, Yusof Haslam Harap Ia Hanya Khabar Angin

Khabar angin mengenai pengarah terkenal Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi satu dalam masa terdekat dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak empat tahun lalu menjadi topik hangat dan mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun desas-desus mengenai perkara berikut masih belum di dapatkan kepastian yang sebenar daripada tuan empunya badan ataupun keluarga terdekat.

Advertisement

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pihak mStar telah menemubual bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah hebat di Malaysia. Menjawab persoalan mengenai khabar angin, jelas beliau berasa terkejut dan enggan perkara itu menjadi kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sebelum ini, terdapat satu blog hiburan membuat satu dakwaan berkata Syamsul bakal berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak kepada pelakon veteran iaitu Kazar.

Advertisement

Walaupun tidak meletak nama wanita yang bakal dikahwini, ramai sudah mengesyaki bahawa gerangan wanita itu adalah Ira Kazar.

Dalam pada masa yang sama, bapa kepada pengarah itu juga tidak mahu berkata lebih banyak kerana kasihan kepada menantunya, Puteri Sarah serta perasaan mereka sekeluarga.

Sekadar info, konflik rumah tangga di antara dua pelakon itu mula terjejas apabila Sarah mendedahkan ada orang ketiga yang mengganggu hubungan mereka dan ia merujuk kepada Ira Kazar.

puteri sarah
1 hari lalu

“Kita Dah Meluat Nak Layan”- ‘Orang Ketiga’ Anggap Puteri Sarah Hanya Nak Perhatian, Kata Nak Saman Tapi Tak Buat Pun?

The post Syamsul Yusof Didakwa Bakal Berkahwin Dengan ‘Orang Ke-3’, Yusof Haslam Harap Ia Hanya Khabar Angin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments